Sejarah Franklin W. Dixon

Edward L. Stratemeyer (1862 - 1930) ialah pencipta nama samaran "Franklin W. Dixon" untuk siri-siri novel Budak-budak lelaki Hardy, dan Cerita-cerita Penerbangan Ted Scott.

Stratemeyer juga adalah tokoh di belakang sebilangan jalan cerita yang dikembangkan semata-mata untuk syarikat penerbitan miliknya. Walaupun Stratemeyer mempunyai banyak idea, beliau tidak mempunyai kemahiran atau masa untuk menulis semua bukunya. Oleh itu, penulis-penulis digajikan untuk menulis, berdasarkan jalan-jalan ceritanya melalui kontrak-kontrak yang tidak membenarkan mereka mendedahkan peranan masing-masing dalam penulisan itu. Sebaliknya, nama pena Franklin W. Dixon dipergunakan untuk semua penulis dalam siri ini.

Menjelang waktu kematiannya pada tahun 1930, Stratemeyer telah membekalkan jalan-jalan cerita untuk sembilan buah buku yang pertama dalam siri Budak-budak lelaki Hardy. Anak-anak perempuannya, Edna Squier dan Harriet Adams, mengambil alih syarikatnya dan meneruskan penghasilan jalan-jalan cerita untuk siri itu. 58 judul yang pertama dalam siri tersebut diterbitkan oleh syarikat Stratemeyer sehingga tahun 1979 apabila hak ciptanya dijual kepada Simon dan Schuster. Karya-karya yang pertama ini telah dianggap oleh sesetengah peminat sebagai merupakan 'daftar karya' siri Budak-budak lelaki Hardy yang benar.